Friday 25 November 2016

GLOSSOPHOBIA

Bismilallahhiramanirahim
Assalamualaikum semua!
Masalah&Cara mengatasi->Glossophobia





Pertama sekali,apakah yang  di maksudkan dengan Glossophobia? Glossophobia merupakan salah satu daripada banyak  penyakit berkaitan otak atau "mental problem"dimana didefinisikan sebagai gugup untuk bercakap didepan orang ramai. Dianggarkan sebanyak 75% manusia di dunia mempunyai masalah ini. Tidak dinafikan bahawa penyakit ini merupakan suatu penyakit yang mencatatkan jumlah peratusan yang tinggi dari semasa ke semasa.


  1. Glossophobia – Public Speaking
  2. Necrophobia – Fear of Death
  3. Arachnophobia – Fear of Spiders
  4. Achluphobia – Fear of Darkness
  5. Acrophobia – Fear of Heights

 Ini membuktikan bahawa sebahagian besar daripada populasi dunia tidak mampu atau berani untuk berucap di hadapan orang ramai. Jadi bagaimanakah kita ingin mengetahui seseorang itu mempunyai masalah ini!? Secara amnya, Glossophobia dapat di lihat semasa seseorang tengah berucap di hadapan pentas. Diantara tanda-tandanya ialah :

1) Riak muka yang panik

2)Kesilapan bahasa yang banyak semasa           bercakap

3)Anggota badan menggigil secara                      automatik seperti kaki

4)Berpeluh dengan banyak


Diantara punca utama berlakunya Glossophobia ialah seseorang individu yang berucap di hadapan berasa dirinya sedang di adili oleh orang ramai. Jadi, tidak mustahillah perkara ini boleh berlaku. Glossophobia boleh berlaku dimana -mana sahaja tanpa mengira situasi tempat atau peringkat umur seseorang tersebut. Sebagai contoh,anda sebagai seorang pelajar diminta supaya membuat "presentation" dihadapan seluruh pelajar di tapak perhimpunan. Contoh kedua, anda sebagai seorang pengurus syarikat bertanggungjawap mengemukakan idea-idea semasa mesyuarat berlangsung. Diantara cara-cara yang boleh dilakukan oleh seseorang individu untuk mengatasi masalah ini ialah:

1- Membuat persediaan yang rapi dengan menulis point-point yang penting

2-Perhatikan cara orang berkeyakinan tinggi bercakap seperti menteri atau pemidato

3-Berlatih bercakap dengan kawan atau orang yang dapat membantu anda

4- Bernafas dengan baik

5-Keluarkan suara dengan penuh keyakinan

6-Kawal pergerakan yang tidak perlu

7-Yakin pada diri anda

Kalau itu pun x boleh jugak.....guna laa 4 cara dalam gambar nii.





Semua manusia ada kelebihan dan kekurangan. Namun, ia menjadi suatu anugerah kepada seseorang yang tidak mempunyai masalah ini. Sebabtu laa tak pelik kalau orang yang berani dan lantang berkata-kata berhak menjadi seorang pemimpin atau ketua. Kalau kita lihat balik statistik. Ia membuktikan bahawa bagaimana perkerjaan yang berkaitan bercakap dihadapan orang ramai berupaya mendapat gaji yang lumayan melebihi gaji seorang pilot dan engineer.



HIDUP NI SUSAH TAPI CUBA SENANGKAN^-^


No comments:

Post a Comment