Tuesday 22 November 2016

ALIRAN SASTERA

Bismillahhirramannirahim...
Assalammualaikum semua!
ISU PEMILIHAN ALIRAN F4!

Selang je beberape hari selepas PT3 tamat aku pun terus cari aliran Form4 dekat Internet.Bukak Wifi,Bukak handphone and then terus SEARCH!. Dlm banyak2 web yg aku bukak, aku tertarik dengan satu blog nii. Bile je habis bace ape yg blogger tuu tulis dekat blog tuu aku rase mcm WOW! This is amazing! Guess what?! Aku mula jatuh cinta dengan satu aliran nii and aku terus decide untuk ambik aliran SASTERA! Terima kasih kepada cik blogger yg bernama Iyman Najlaa. Sebelum aku lanjutkan. Biar aku bagitau. Aku nii merupakan pelajar kelas atas( 3Amanah)so aku mmg ade byk musuh dalam menggenggam matlamat utk straight As PT3 . Nak dipendekkan cerita laa kan, walaupun aku nii budak yang agak pandai gitu TAPI tak semestinya bile aku ambik je aliran Sastera utk Form4 aku akn jadi bodoh😒. Aku cukup x suka org yg cakap aliran Sastera nii org yg bodoh and xde mase depan. Kalau laa korang tahu ape erti Sastera tuu dah tentu korang x akan cakap macam tuu tau! Secara jujurnya kenape aku ambik aliran nii ialah sebab Aliran nii memang mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Org2 yg berjaya contohnya penulis, translator, peguam, perintis syarikat, diplomat, menteri or even perdana menteri sekali pun aliran nii laa yg menjadi dasar permulaannya bagi kerjaya tuu tauuu! Tidak dinafikan bahawa aliran ini telah banyak menyumbang jasa yang sangat besar kepada pembaharuan negara kita. Aku memang betul-betul pelik dengan segelintir ibu bapa nii yang memaksa anak mereka supaya menjadi seorang doktor padahal anak dia tak nak pun untuk ambik kos perubatan. Kalau laa dekat luar negara contohnya Canada,UK,US dan China mereka tuu berebut-rebut nak ambik aliran yang ada Ekonomi sebabtu laa aku tak pelik kalau negara diorg mempunyai bisnesman yang bijak mengatur strategi, syarikat yang terkemuka or even pengeluar produk yang terkenal seperti ADIDAS mampu diwujudkan bagi meningkatkan pendapatan negara mereka. Bagi aku la secara peribadi, aku rasa kalau la negara kita nak tingkatkan ekonomi dan maju kehadapan kita mestilah mempunyai orang-orang yang berpengetahuan dalam bidang ini!. And lagi satu, korang tak nampak ke bahawa orang-orang yang ada ilmu sastera,falsafah dan ekonomi ni menjadi ketua kepada doktor dan engineer? Bukakla mata! Korang boleh tengok sendiri macam mana menteri-menteri mempunyai kuasa dalam sektor pengeluaran mahupun perkhidmatan. Dan kalau kau nak kan gaji yang PALING besar...Bukannya dengan jadi Doktor atau jurutera..TAPI JADILAH PEMIMPIN KEPADA DOKTOR DAN JURUTERA! Dan kalau kau nak jadi doktor supaya dapat selamatkan banyak nyawa. Aku boleh katekan, SIKIT SANGAT! Sebab kalau aku jadi ketua kepada doktor...aku boleh arahkan JE semua doktor yang kerja bawah aku supaya ubatkan/rawat satu daerah dalam satu-satu mase lahh!.

Ade seorang kawan aku nii kate dekat aku"KO NI MCM SALAH TEMPAT JE" Tapi bile aku explain habis2 dekat dia baru laa dia faham. Kebanyakkan pelajar hanya nampak bahawa aliran sains tulen je yg akan bawa diorg untuk berjaya. Bagi aku memang laa! Tapi cuba korang fikir sikit, kalau laa korang memang x minat langsung dengan pekerjaan yang berkaitan dengan perubatan, kajian dan teknologi nak buat apa korang nak bazirkan mase korang utk tanggung risiko yg besar. Kenapa risiko?Kerana ia melibatkan "MASA DEPAN AWAK"!! Ramai pelajar yang masuk aliran sains ini semata-mata sebab kawan.Cuba kita fikir kehadapan, kalau la satu hari kawan-kawan kita yang memang minat kos perubatan atau apa-apa je yang berkaitan sains masuk Universiti . Lepastu diorg ambik jurusan masing-masing dekat sana HABISTU kau nanti nak ambik jurusan apa kalau dah kau memang tak ada minat langsung dengan semua jurusan berkaitan sains itu?! Ataupun masa kau dah besar dan dah dapat kerja....TAPI kau mula tak suka dengan kerja kau yang melibatkan kajian,perubatan or teknologi Lepastu kau nak cari kerja lain padahal kau dah ada PHd dah! Bukankah namanya buang masa bertahun-tahun tuhh HAAA!!!?Ini pulak daripada salah seorang kawan aku. Jom kita lihat apa pandangan dan perspektif salah seorang pelajar kelas aku. Aku kawan dengan dia dah 5tahun dan dah cukup kenal perangai masing-masing.



Ingatlah PILIHAN itu terletak pada diri anda☺.Tapi memang pilihan yang betul laa bagi sesiapa yang nak jadi doktor, pengkaji or engineer sebab aku yakin diorg tak akan mengantuk dalam kelas sains tulen. Aliran sastera nii bukan setakat bahasa je tau! Dalam aliran nii laa kita akan diajar untuk menguasai ilmu-ilmu yang melibatkan Ekonomi serta diajar menjadi seorang ketua yang berwibawa. Bila kita belajar pasal ekonomi asas kita tak akan mudah ditipu dan senang untuk memahami pemikiran atau kata lain ideologi sesetengah manusia seperti-> kenape laa org yg bijak pandai mcm doktor tuu boleh terikut dengan ajaran daesh and pahaman sesat?!Bukankah diorg tuu mempunyai pemikiran yang pintar? ohh ye pasal DAESH!Aku nak tanya korang laa korang kenal x ibnu taimiyah? Sape dia tuu? Hebat sangat ke dia tuu? Jwpan aku> ibnu taimiayah merupakah tokoh islam yang disegani pada zaman beliau tau!  Beliau memiliki ilmu yang sangat luas dan beliau cukup hebat dalam ilmu Falsafah, hadith ,sastera dan banyak lagi! Cuma zaman sekarang daesh dah memutarbelitkan kebenaran yang dibawa oleh ibnu taimiyah. Kalau laa ade sebuah kapal dengan tawanan Islam, tapi kapal tu pada waktu yang sama nak serang negara kita(negara Islam). Jadi apakah yang perlu kita lakukan? Beliau menjawap hancurkan la satu kapal itu. Sebab ape? Sebab boleh jadi akan berlaku lebih banyak kehilangan nyawa kalau x dihancurkan satu kapal musuh tersebut. Tapi org2 daesh beranggapan bahawa mana2 negara islam atau bukan islam yang cuba memerangi mereka berhak untuk dibom dan dihancurkan walaupun akan membunuh orang islam yang tidak berdosa. And one more thing, aku nak tanya laa kenapa sesetengah manusia suka dengar lagu? Mesti ada diantara kita yang terlalu ketagih sebab begitu asyik dengan sesuatu lagu yang dimainkan betul tak? Tidak dinafikan bahawa Muzik dengan bahasa tuu ibarat isi dengan kuku. TAPI! Kalau laa ade muzik tapi xde bahasa best x? And mcm mana kalau ade bahasa tapi xde muzik?. Muzik dan bahasa nii nak diibaratkan seperti "berpisah tiada". Ini juga membuktikan bagaimana bahasa memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi seseorg individu mahupun pemikiran masyarakat dunia. Kesimpulannya, ambik laa sesuatu aliran yang berlandaskan minat dan kemahiran. Ini jalan hidup kita!Cuba kita rancang masa depan kita sendiri tanpa bertanya dengan ibu bapa ataupun kawan kita. Ini hidup kita dan kita nii ibarat perhiasan yang menghias isi dunia yang fana.



 HIDUP NI SUSAH TAPI CUBA SENANGKAN^-^

2 comments:

  1. Assalam...klau nk smbung study dlm bidang sastera nie ad ke u or kolej yg tawarkn bidang niee??and apa pkerjaaan yg bleh kita jdii klau kita ambek bidang nie sbb sya minat sgt dgn sastera...hope dpt blas😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jer banyak jer macam macam boleh jadi

      Delete