Wednesday 23 November 2016

SYRIA DAN NEGARA ISLAM!

Bismilallahhiramanirahim
Assalammualaikum semua!
Isu Negara-negara Islam yang ditindas!

Dari Tsauban Ra, berkata rasulullah SAW "Hampir tiba suatu zaman dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni talam hidangan mereka".Maka salah seorang shabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?",Rasulullah SAW menjawap "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari musuh-musuh dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'Wahan'. Seorang sahabat bertanya,"apakah Wahan itu hai Rasulullah?", Rasulullah menjawap "CINTA DUNIA"dan"TAKUT MATI"(HR.Abu Daud)

Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan hampir saban tahun kita telah mendengar bagaimana nyawa umat islam diancam dengan pelbagai cara samaada peperangan luaran diantara negara lain mahupun peperangan yang melibatkan dalaman negara. Nyawa mereka diibaratkan seperti haiwan ataupun lebih dahsyat lagi bahan experiment keganasan oleh kuasa-kuasa besar seperti United State dan Rusia. Kenapa aku kate macam bahan experiment? Kita sendiri boleh menilai. Cuba kita tengok balik sejarah 11 September 2001 di USA. Sejarah dimana World Trade Center  and The Pentagon telah dipercayai diserang oleh kumpulan radikal Islam yang diketuai oleh anak daripada keluarga billionaire arab saudi yang bernama Osama Bin Laden.
Osama dilahirkan dalam keluarga Mohammmed Bin Awad Bin Laden yang kaya raya. Dia pernah menyertai gerakan mujahideen di Pakistan untuk melawan Soviet Union di Afghanistan. Dia juga turut memberikan bantuan dari segi kewangan dan ketenteraan daripada dunia Arab kepada Afghanistan bagi menyerang balas Soviet Union. Pada tahun 1988, Al-QAEDAH ditubuhkan. Penubuhan Al-Qaedah sebagai sebuah organisasi pengganas telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada USA dan seterusnya titik hitam kepada umat Islam sehingga harini. Zaman berdarah bagi barat dan seluruh dunia bermula selepas penubuhan organisasi tersebut. Di USA, dianggarkan seramai 2977 orang mangsa termasuk 19 hijackers terbunuh di tempat kejadian yang bersingan pada 11 September 2001.Pada 20 mac 2003, president George W. Bush mengistiharkan perang terhadap Iraq. FBI memperuntukkan sebanyak 25 juta bounty hanya untuk mencari Osama Bin Laden. Selepas kejadian tersebut tentera-tentera USA mula bertapak di negara Islam untuk memburu Osama Bin Laden yang sedang bersembunyi pada ketika itu. Akan tetapi walaupun Osama Bin Laden dipercayai telah dibunuh oleh komando USA tetapi mengapa mereka masih bertapak di sana sehingga kini? Okay sekarang nampak tak macam mana kuasa besar boleh masuk dalam negara-negara Islam? Nampakkan?! Sebenarnya sesebuah negara boleh dihancurkan dengan mudah je tau...Percayalah aku tak tipu!😊 Hanya dengan menggunakan 2Kaedah je✌. Pertama! Hancurkan struktur dalam negara supaya rakyat pecah belah agar negara luar dapat masuk campur. Kedua! Negara(A) serang negara(B) sebab nak luaskan jajahan atau ingin mendapatkan kekayaan hasil bumi negara(B). Senangkan peperangan boleh berlaku?😔. Aku rase sangat sedih sebab perkara yang macam nii dikaitan dengan nyawa manusia yang tidak berdosa. Tak kiralah dia tuh Islam atau kafir dia berhak untuk terus hidup sebab walaupun dia tuh bukan Islam sapa sangka suatu hari nanti dia memeluk Islam. Ingatla walau siapa pun dia kalau Allah nak bagi hidayah boleh jadi dia lebih baik dari kita yang memang dah lahir-lahir Islam. Hidayah kan milik Allah bukan Manusia! Bila dikenang semula umat Muhammad kat sana hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya tubuh badan mereka yang ditusuk dengan pisau, didera dan ditembus dengan peluru. Tak sedih ke kita tengok diorg kena macam tu? Hati-hati tau! Sebab kalau kita lupakan diorg dan tak nak ambik tahu langsung pasal diorg boleh jadi kita nii bukan dari kalangan umat Muhammad.(Ada hadith pasal tuh). Pernah tak terfikir kalau bukan sebab mereka belum tentu kita nii boleh aman?ummm...Kenapa aku cakap macamtu? Cuba bayangkan kalau laa kita je negara Islam yang tinggal kat bumi nii and negara-negara Arab semuanya dah tewas termasuk laa negara Islam yang terhebat TURKEY iaitu kerajaan Uthmaniyyah, rasanya apa jadi lepastu dekat negara kita? Aku rasa kita HANCUR! serious cakap. Tahu tak sebenarnya umat nii umat yang paling sedih tapi akhirnya paling gembira! Yakinlaa weyh even kalau kau dah tak nampak hope, sebenarnya hope tuhh sentiasa ada! Tak kan Allah nak biarkan Umat kekasih dia nii kecewa betul tak? Sebenarnya pada pandangan aku laa, kita nii tak jauh beza sangat dengan nasib orang yahudi dahulu pada era peperangan dunia ke-Dua. Waktu Nazi halau dan ancam untuk membunuh semua yahudi dekat jermen dan seluruh eropah semasa zaman pemerintahan Adolf Hitler. Waktu tuh merupakan zaman kegelapan bagi dunia yahudi. Orang-orang yahudi pun berpecah belah menjadi pelarian sepertimana orang-orang Islam saat nii. Mereka menetap ke negara-negara lain seperti di United Stated, Afrika dan mereka telah melangkah masuk ke tanah Arab termasuklah Palestina. Pada tahun 1936 Suruhanjaya Peel  mencadangkan Palestin dibahagikan kepada negara untuk orang yahudi dan untuk orang arab tetapi cadangan ini ditolak atas sebab pemberontakan Arab 1936-1939.Selepas sahaja tamat perang dunia ke-dua, United stated memainkan peranan sebagai kuasa dunia terkuat untuk menubuhkan negara Israel. Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada 16 May 1948 kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin.Orang-orang Yahudi yang berada di seluruh dunia menyokong tindakan tersebut. Majlis perisytiharan Israel dibuat di Muzium Tel Aviv lalu ramailah orang yahudi yang tinggal di negara lain datang ke palestin dan tinggal tetap di sana. Nampak tak macam mana mereka yang dahulunya berpecah kini bersatu kembali? So, tak mustahil laa kalau Islam yang sekarang berpecah suatu hari nanti akan kembali bersatu dengan sendirinya malah mungkin lebih kuat lagi tanpa bantuan kuasa asing. Islam ni datang dalam keadaan yang asing, dan ia akan pergi dalam keadaan yang asing. Apa yang aku cakap ni semuanya fakta tak tipu tau! Yang paling penting kita nii semua daripada Adam dan Hawa jadi buat apa kita sebagai manusia nak menghancurkan ketamadunan kita sendiri? Sedangkan singa dengan singa pun tak nak bunuh spesis dia. Kita sebagai umat Islam akhir zaman haruslah bersatu hati dan bekerjasama membantu satu sama lain. Siapa lagi nak tolong Islam kalau bukan kita betul tak?
Kalau laa orang-orang muslim dekat sana tengah berkorban nyawa ,tinggalkan keluarga , tak ada kaki hilang tangan and even tak makan tak minum berhari-hari hanya demi mempertahankan kesucian dan martabat Islam, so tak ada alasan untuk kita abaikan diorg!!! Kumpulan radikal Islam di afghanistan berperang dengan NATO rakyat diorg yang tak bersalah pulak yang menjadi mangsa perluru-perluru diorg:,( Cukuplah! Dah lah! Enough! Kenapa kita nii sebagai negara Islam yang aman dan makmur tetapi kita sering kali melupakan Allah serta meninggalkan perjuangan Rasulallah..hmm.. sedangkan diorg dekat Syria, Gaza, afghan, Iraq ,Yeman dan Rohingnya mungkin mereka hanya bergantung harap pada Allah je.
Aku secara tak sengaja jumpa twitter salah seorang rakyat Syrian...Lihat dan bacalah;(









Biarlah gambar yang menggambarkan

Walaupun kehilangan harta benda, keluarga dan hidup dalam ketakutan setiap masa setiap saat tapi aku yakin sangat semangat diorg tak pernah putus untuk berjuang sehingga mati syahid. Pernah tak kita perasan, dekat televisyen apabila sampai je konvoi bantuan kemanusian dekat tempat mereka, mereka masih boleh mengukirkan senyuman bagaikan tiada apa pun yang berlaku walaupun senyuman mereka sebenarnya tak terungkap seribu kisah, tak terbanding seribu derita:,(. Mereka menjadi perlarian di negara mereka sendiri dan terpaksa berpisah dengan keluarga ataupun keluarga mereka dah mati semuanya dan tinggal diri dia je. Keadaan ini memaksa mereka untuk pergi ke negara lain malahan ada pula yang tiada kaki atau tangan terpaksa hidup berdikari tanpa kasih sayang seorang mak dan ayah. Sebabtu lah, aku betul-betul respect dengan kanak-kanak dekat sana sebab kita yang hidup aman dekat sini pun belum tentu boleh belajar dengan bersungguh-sungguh dalam kelas  tapi diorg nii lain, walaupun keadaan tak menyebelahi diorg, diorg tetap belajar tanpa rasa bosan sedangkan bom bila-bila masa je boleh datang membunuh diorg.
Mata mereka dah selalu sangat melihat bom-bom serta perluru-perluru dilancarkan dari langit mahupun di darat. Keadaan ini telah mematangkan kehidupan mereka sehingga mereka sedar dengan hanya belajar ia mampu mengubah nasib diri mereka.Mungkin dunia ni bukan tempat mereka tapi tempat mereka jauh lebih berharga daripada dunia nii sebabtu laa akhirat tuh kita tak nampak, sebab benda yang susah untuk dicari tuu jauh bernilai bak kata pepatah "Sebab Mutiara Sebiji, Lautan Yang Dalam Diselam Orang"
Ini aku nak bagitahu sikit, kepada semua musuh Islam diluar sana sebenarnya kau telah membuatkan aku bertambah yakin dengan kepercayaan aku terhadap Islam! Aku yakin agama nii agama yang betul sebab korang lah. Kenapa aku kata macamtu? Sebab berdasarkan sabda Rasulallah.

Dari Abu Hurairah Ra., katanya Rasulullah bersabda "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah serta sering terjadi "al Harj". Sahabat bertanya, "apakah al-Harj itu hai rasulullah"., Rasulullah menjawap "peperangan,peperangan,peperangan. Baginda mengucap 3kali.( Ibnu Majah).

Inilah buktinya kenapa aku boleh kata macamtu dekat kau wahai musuh Islam! Rasulullah iaitu nabi aku tak hidup pun laa sekarang tapi baginda dah tahu lahh semua nii!

Kesimpulannya, Yakinlah walau bagaimana susah dan derita umat ini terpaksa hadapi sekalipun sudah tentu akhirnya kita akan berjaya dan menang!! Percayalah umat nii umat akhir zaman ,Allah dah tentukan kemenangan untuk kita! Jadi buat apa kita perlu rasa takut kalau kita yakin dengan ketentuan ini!!! Ingatla semua bende boleh diubah dengan tangan manusia tapi bukan KETENTUAN yang telah ditetapkan oleh Allah.😊Ketentuan itu adalah kemenangan umat Islam semasa peperangan Armegadon(FUTURE)! Kalau nak tahu perkara Future carila ilmu berkaitan KIAMAT☺. Pilihan untuk kita selamatkan Islam itu masih cerah dan adakah kita perlu menunggu lagi untuk melihat pertumpahan darah saudara kita sedangkan kita tahu Islam itu pasti menang.😟Takdir diorg terletak pada usaha kita jugak. Akhir sekali! Walaupun musuh Islam tahu pasal kemenangan umat Islam yang dah di janjikan ini dan mereka berusaha sehabis baik untuk menghancurkan Islam...Ingat!👉....walau apa pun yang terjadi ISLAM WILL NEVER END.



 HIDUP NI SUSAH TAPI CUBA
 SENANGKAN^-^

1 comment:

  1. Sky Casino in Jordan 7-star Discounts - Air Jordan7
    Shop air jordan 18 retro men red online shop for SKYCITY's show to buy air jordan 18 retro varsity red 7 STAR discount code bestest air jordan 18 retro red suede and promo. Save with our latest SKYCITY promotional air jordan 18 retro red to you codes & free good jordan 18 white royal blue promo for more than 15 countries.

    ReplyDelete