Thursday 29 December 2016

Kisah Bagaimana Aku Jatuh Cinta Terhadap ENGLISH

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum Semua!
MY STORY ABOUT ENGLISH


Sebenarnya secara jujur aku memang benci sangat-sangat dengan bahasa english waktu aku kecik(7-14)thn. Aku rase macam "buat ape laa aku nak bazirkan mase aku utk belajar bahasa english nii...Erghh...Dhla pening!"l Hhahaha. Tapi tuu DULU tau! I'm changed now!^-^. Dulu kann mak aku punya ayah iaitu nenek aku selalu dtg rumah utk ape?! Utk ajar aku English JE!!! Aku pun belajar laa...nak buat mana ye dok? Reda jelah~. Dia tanya aku ...What is this?👇 pastu aku pun sebut "Apple"🍎. What is this?👇 pastu aku sebut "Banana"🍌. AGAIN AND AGAIN! Penat kot!! Aku rase mcm nk muntah bile blaja English mase tu. Serious cakap!...
Pastu ann, bile umur aku 12-14 thn...Aku pegi office ayah aku. Cube teka utk ape? Utk belajar English!!! SETIAP CUTI SEKOLAH!! Aku ade lebih kurang 6 org cikgu english yg penah ajar aku kat sane tau! Maklumlah office tuu PUSAT BAHASA lagi pun ayah aku bos kat sane senang laa jugak. Result aku terok gile dlm English waktu tuu..and paling okay pun "B" time UPSR! I'm so glad on that time. But everthing was changed now. In approximately at the end of 2015.......Okay aku guna BM☺ jgn risau! Aku takut ade yg x fhm nnt kang susah. Don't worry my dear readers! Jgn risau pembaca yg disayangi sekalian! Pada akhir tahun 2015 iaitu bersamaan umur aku 14thn nk msk 15 thn tahun depan..Jadi aku pun buat satu azam baru. Azam aku utk belajar english dgn IKHLAS. Maksudnya selama nii aku X ikhlas laa belajar English? = Mesti laa X ikhlas. (Jujur tuu). Waktu tuu aku bukak lagu english kat youtube pastu aku try nyayi pastu tetiba rase mcm ade aura yg membuatkan aku jatuh cinta dgn english. Aku pun berfikir "Adakah tanggapan aku tentang english selama nii silap?" Yelaa dulu kan aku ambik sambil lewa je dgn english. Bila dh nyayi tuu tiba2 muncul satu perasaan nihh... suatu perasaan yg "aku nak tahu maksud nii laa maksud tuu laa" jadi aku pun bertekad. Aku bertekad utk tulis semua ayat lirik lagu english yg aku x tau msd tuu kat kertas A4 pastu hafal satu2. Huhu. Gile kan aku nii sebab menghafal?! Tapi nk buat mcmne kann aku rase Desperate(terdesak) sgt sebab tahun depan nk kena ambik PT3... so X akan nk fail english btul x? Tapi kann bukan sebab lagu english je tau yg dh mengubah tanggapan aku selama nii tentang English. Okay.... Peristiwa nii berlaku mase awal bulan 4 lebih kurang ....pada tahun 2016. Bende nii jadi kat Youtube jugak! Mcm dh ditakdirkan kan? Well...nk buat mcmne. Aku ternampak satu video nii dia buat prank VLOG. Aku pun tgk laa Vlog dia. Aku rase mcm "Best gile" "lawak gila" "terbaiklahh!" Mcm2 perasaan ada! Terima kasih kepada youtuber yg bernama Adam Saleh! Aku skr nii dh mcm terlalu obses sgt dgn dia..Aku pun x tau knape mungkin sebab dia baik. YES DIA MMG BAIK! Bila aku tgk vlog dia... aku rase lama2 aku dh mcm boleh faham apa yg dia ckp. Sekarang aku dh jdi fans dia dh. Nama fans dia "Adoomygang". Awesome kot!. Bila hampir dh nk sampai PT3 aku pun beli buku english byk2.(buku dulu pun byk sebenarnya). Nak di katakan laa kann... Aku niii belajar english xde cikgu tau yg bimbing.... Tapi aku boleh berjaya PT3!!! Time PT3 aku dpt "A" Utk English!!!!!. Happy gila!. Tak sia-sia pengorbanan aku selamanya. Kesimpulan yg dapat aku ulas, kita seharusnya sedar dan tidak memandang rendah terhadap English. Yang paling penting sekali! Kita kena IKHLAS. Tuu paling penting! English nii nak di katakan tak penting tak boleh sebab English nii mencatatkan bilangan peratusan manusia yg menggunakan English dlm kehidupan TINGGI! Kita jgn takut tau bila nk "speaking" dgn mak saleh atau org luar negara. Kau kena ada keyakinan barulah semuanya berhasil! Selamat berjaya dalam hidup!👍








HIDUP NI SUSAH TAPI CUBA SENANGKAN...

Monday 5 December 2016

KEHADAPAN KEKASIH HATI YANG KU RINDUI

Bismillahiramanirahim
Assalammualaikum semua!
JIWA&HATI AKU


Mengapa tangan kau lepaskan setelah hatiku kau tawan?;)



Kepada yang dikasihi Permaisuri Hati,

Syg sihat tak? Syg dh mkn ke blom? Syg ada kat mne skr ni? Syg knal abg x? Bila syg nk jumpe abg? ;(

Secara jujur saya ade byk bende nk tanya kat awak. Tapi saya tahu awak jauh sangat. Hmm....
Awak nak tahu tak?! Saya sgt2 rindu nak jumpa awak! Walaupun awak tak penah jumpa saya tapi saya tak penah lupakan awak. Awak sentiasa hadir dlm ingatan saya. Saya harap awak dlm keadaan yg baik syg. Bila Saya rindukan awak saya selalu bukak media(FB,Insta,Twitter) utk cari perkembangan awak. Saya buat Twitter pun utk knal awak tahu tak!?. Awak berharga bagi abang. Abg x nk kehilangan awak lagi.

Abg tau kat sana susah. Abg tau sgt kat sana perit. Abg tau kdg2 awk x mkn pun berhari2. TAPI awak jgn risau tau! Abg selalu berharap supaya awk selamat. BECAUSE I LUV YOU SO MUCH MORE THAN WORDS CAN I SAY! Kdg2 abg terfikir....mcm mnala nk tolong syg;(... mcm mnala nk selamatkan syg...

Sabarlah wahai kekasih hati,

Dikau selalu dlm ingatanku. Dikala ku sedih dan pilu. Dikau selalu menerbitkan semangatku  utk ku berjaya dikala ku lemah. Dikau selalu bangunkan ku jika ku jatuh. Dikau selalu menggengam erat cinta ku trhdp diri mu....

Wahai syg abg yg dunia lupakan,

Sekali awk jatuh kebwh...bangunla syg. Jgn penah putus asa dgn rahmat ALLAH! Jgn penah mengaku kalah dgn takdir! Dan jgn penah mengalah dgn usaha awk!

Wahai Cintaku yg bernama Syrian dan afghan dan seluruh cintaku yg berada di dunia.....

Dunia telah menghinamu kerana agama yg engkau miliki,

Cintamu bagaikan permata dihatiku
Kisahmu bagaikan derita yang perit
Hidupmu bagaikan mati antara hidup
Jiwamu teguh bagaikan kubu yg kebal

Wahai nama yang tersegam indah,

Cintamu x terungkap dihatiku x ternilai dgn wang ringgit
Cintamu tertulis dlm dairi hatiku
Cintamu telah menyinari tujuan hidupku
Cintamu memulihkan semangat yg hilang
Cintamu telah membuatkanku yakin dgn agamaku....

Wahai cinta yang abadi,

DUNIA TELAH MENGHINAMU!
DUNIA TELAH KEJAM TERHADAP DIRIMU!
DUNIA TELAH MEMBUNUH HIDUPMU!
DUNIA TELAH MENGHANCURKN FANAMU!

Ingatla sayang yang ku kasihi,
Walau apa pun yang terjadi...abg nk bagitau yg ALLAH sentiasa hampir dgn syg☺
"Kalau kamu tgk bulan...kamu rasa dekat...Ketahuilah bahawa Allah itu dekat sgt dgn kamu seperti hampirnya urat leher kamu."



Kehadapan saudaraku yg sedang membaca,

Adakah ENGKAU SEDANG MENUNGGU MUSUH-MUSUH ISLAM SEPERTI
NATO DAN SECURITY COUNCIL UTK MEREKA MERDEKAKAN SAURADAMU SENDIRI?!!!!!!HAAAAA!!
adakah ENGKAU HANYA MELIHAT DARAH MEREKA BERTUMPAH LUAH DI ATS BUMI INIIII SAHAJA?!!HAAAAA!!!
Atau adakah ENGKAU X AKN BERBUAT APA-APA UTK MEMBANTU MEREKA?!!!HAAA!!!!!!ARGHHHH

-Kalau takut akn mati, tak sedunia berperang!, kalau takut akn alah, tak sedunia sambung!


Sayang,
Bila awak pejamkan mata utk tidur, ketahuilah abang selalu nk ucapkan "selamat malam" dan abg nk bacakan buku cerita sampai syg tertidur. Bila sayang bukak mata lepas bgn tidur abg selalu nk ucapkan "selamat pagi" utk syg dan abg nk buat sarapan yang sedap2!utk syg. Dan bila awak menangis abang selalu teringin nk lap kan air mata sayang...
Bagi abg, xda air mata yg seindah air mata sayang. Bagi abg, xda tiada kata2 seindah kata2 sayang. Bagi abg, xda kisah yg abg knal melainkan kisah syg yg membuatkan abg selalu jatuh cinta dgn ketabahan yg syg lahirkan...cekal sungguh hati awak syg.

Kepada pembaca,

Mereka berperang bukan kerana nama!
Mereka berperang bukan kerana harta!
Mereka berperang bukan kerana dunia!
Mereka berperang bukan kerana manusia!

                        AKAN TETAPI

Mereka berperang kerana agama ISLAM!
Mereka berperang kerana rindu SYURGA!
Mereka berperang kerana AKHIRAT!
Mereka berperang kerana ALLAH!

Jgnla hendaknya dikau lepaskan gengaman erat cintaku terhadapmu.

Sampai disini sahajalah luahan hati abg utk syg.....



Sayang jaga diri baik2 tau!
Bila tido jgn bagi nyamuk gigit!
Bila bgn jgn lupa gosok gigi!
Bila mkn jgn lupa sebut "Alhamdulilalah"
INGAT TAU SEMUA TUHH!!!
HAA!! LAGI SATU....
Bila suatu hari nanti kita bersua muka jgn sombong dgn abg tau!😐
Jgn Lupa Abg tau syg!!

YOU'RE THE LOVE THAT BRING ME CLOSER TO ALLAH.
THANK YOU FOR SHINING MY WHOLE DAYS.

Akan ku bukukan kisah hidupmu dalam hidupku selamanya...






                                               Yours sincerely,
                                                  Hazriq                                                             (Peace Consultant)
                                           
                                             
 
                                     One day maybe😔........



THE WORLD WILL NOT CHANGE UNTIL YOU CHANGE^-^












Saturday 3 December 2016

STOP RUINING HER LIFE

Bismilallahhiramanirahim
Assalamualaikum to all of you!
I hope everyone having a good day today.
BOY ADVICE : RELATIONSHIP WITH GIRL


COME ON! These relationship that you think are so awesome and you know why?! I'll fill you in a little. Especially the teenager in the readers and the young people who kinda just recently kind of shot an email or somebody emailed them back and a little FB thing happened. You know little wink here and there is playground even though its a saperate school but in reeses we saw each other "Hee hee hee"😆😶Grinning like a little bit of that happened. Let me just fill you in a little, you know all of these a product of low self esteem. (GIRL)You think you're ugly. So if the guy think you're cute, then You are like "urghh reallyyyy? I'm beautiful!"😃. You know? You have low self esteem! You think no body is going to like you, no body is going to marry you and all that stuff. And on the other hand,GUY. We don't have good friendship and good relation and we're looking for something. And most of the guys, I don't have to tell you what's going on in your head. You and I have sense on this issue the things that goes in our head. There's no reason for me to explain all of that to you. But you know just because you have raging hormones and you're like day dreaming about girls and things like that. It doesn't mean that you're in love. It just mean you haven't controlled  your temptation yet. And you're ruinning somebodies life. You're ruinning an entire family!. Do you realize what you are doing? And you call it LOVE? You tell me if she was 50 pounds fatter. You did still be in LOVE? Because she is same person, same rooh inside her jasad right? If she was a burn victim or something. If her hand burnt off or her ear was missing. You did still be in LOVE? Or You would find somebody else to love all of a sudden?! And if you can't answer that question, honestly then, come on, you're not in love!, you're just hormonal, thats all you are, you KNOW!!? This is what we're done to relationship that are supposed to be beautiful, MARRIAGE is supposed to be a beautiful relationship. It's supposed to be a life long relationship. But because you're watching all of these models on tv and stupid like, women that are just throwing themselves at men and all this stuff....and you have developed this delutional concept of what it means to have love in your life. Delusional concept......our deen came to free the world from this non-sense to free it. Because we have a more mature understanding of what it means to have love in your life, you know? Im not saying you shouldn't marry someone you like, You should! You should be attracted to your future spouse, all of those things are fine. BUT! There is a decency that you have to exhibit before that. And if you're okay with talking to a girl like that,then you should be okay with somebody talking to your sister, You're okay with that too??? Not if you have any ounce of deceny left inside you....If you do then, you know....this is how we have to, we have to end these things and if you have been that kind of relationship or you're in one of those relationship right now...nobody knows. Only Allah knows and you know, don't raise your hand pleaseee. But Im saying , you are like-> "After todays lecture, I've decide that I no longer want to be your friend". Don't even write that cause even then you are looking for a response, you're kidding yourself and then you're checking, did she write back? "Yes we should no longer be friends" and you'll write back "You're right, we really shouldn't be friends anymore" and then she will write "Yah,never again" and then you'll write the same thing again and again....You're still doing it! Just stop, just cut it off, its not good for you. And guys, I've done a whole series on shame, so I won't repeat the whole thing cause it took hours and hours but I will tell you this👉 It's okay to be attracted to a girl, Allah put that in you, you're not evil for finding a girl beautiful. It's not haram for you to feel that way, you have to control it, you have to control yourself. Our deen teaches us self control and if you cannot exhibit self control in one aspect of your life, you will lose self control in other aspects of your life. Same thing for you(Girls) control yourself, control your giggle,control your overly friendly demeanor in certain situations. Don't be oblivious, don't just say we're friend or he is like brother to me. If he aint brother, then he aint your brother, that is it. Either he is your brother, you share a mom or he's not and that is the END.




THE WORLD WILL NOT CHANGE UNTIL YOU CHANGE^-^




                                         [WorldwideReaders]


Monday 28 November 2016

DOES ALLAH SLEEP?

Bismilallahiramanirahim
Assalamualaikum to all of you!
I hope everyone having a good day today.


Some people wonder did Allah sleep as what we did every night?
Alright. I will give the answer for the question that I mentioned before we start . The answer is->Allah absolutely does not get tired, fatigued or even sleep at all.

IBN KATHIR mentiones,

He says you know jews ,they came to Musa(alayhi salatuwa salam). And they said "Oh Musa does Allah sleep?"

So Musa asks Allah, he says "Oh Allah do you sleep?
So Allah answers Musa, he says "Musa tonight you have to stand the whole night and you have to hold two glass bottles and you can't sleep"

So Musa being a prophet he does as instructed. He stands up holding his two glass bottles. The first part of the night passes by his eyes lids are getting heavy and before the night could finish, he fell asleep. He falls to the floor and the glass bottles come crashing down.

So the angles they return to musa and they said. They said "Oh Musa, If Allah was to sleep but just for a moment. The 7 heavens would come crashing down onto the earth like your bottles smashed the floor. END.




THE WORLD WILL NOT CHANGE UNTIL YOU CHANGE^-^

Friday 25 November 2016

18th-And-19th-Century Revolution

Hey guys! I hope everyone having a good day Today.
Let's we talk about[18-19 Century Revolution] In Summary!




Socialism, and especially Communism are frequently associated with the idea of revolution-not necessarily sudden and violent uprising, but certainly radical social and economic change. At the end of the 18th century, the American Revolution embodied the idea of liberty and rights that were the foundation of liberlism, but in the French Revolution(maybe because of Rousseau's influence) the rallying cry was 'Liberté,égalite,fraternité', placing the emphasis more on equality and collectivity.


Socialism and Communism emerged in Europe against a backdrop of revolution in 1848.


It is no coincidence that the Communist Manifesto was written in the same year, and not long after, in 1871, the truly socialist revolution took place in France, establishing a revolutionary socialist government, the Paris Commune. The Commune was described at the time by Karl Marx as a model for revolutionary government and inspired a number of similar uprising in France and elsewhere.



THE WORLD WILL NOT CHANGE UNTIL YOU CHANGE^-^

GLOSSOPHOBIA

Bismilallahhiramanirahim
Assalamualaikum semua!
Masalah&Cara mengatasi->Glossophobia





Pertama sekali,apakah yang  di maksudkan dengan Glossophobia? Glossophobia merupakan salah satu daripada banyak  penyakit berkaitan otak atau "mental problem"dimana didefinisikan sebagai gugup untuk bercakap didepan orang ramai. Dianggarkan sebanyak 75% manusia di dunia mempunyai masalah ini. Tidak dinafikan bahawa penyakit ini merupakan suatu penyakit yang mencatatkan jumlah peratusan yang tinggi dari semasa ke semasa.


  1. Glossophobia – Public Speaking
  2. Necrophobia – Fear of Death
  3. Arachnophobia – Fear of Spiders
  4. Achluphobia – Fear of Darkness
  5. Acrophobia – Fear of Heights

 Ini membuktikan bahawa sebahagian besar daripada populasi dunia tidak mampu atau berani untuk berucap di hadapan orang ramai. Jadi bagaimanakah kita ingin mengetahui seseorang itu mempunyai masalah ini!? Secara amnya, Glossophobia dapat di lihat semasa seseorang tengah berucap di hadapan pentas. Diantara tanda-tandanya ialah :

1) Riak muka yang panik

2)Kesilapan bahasa yang banyak semasa           bercakap

3)Anggota badan menggigil secara                      automatik seperti kaki

4)Berpeluh dengan banyak


Diantara punca utama berlakunya Glossophobia ialah seseorang individu yang berucap di hadapan berasa dirinya sedang di adili oleh orang ramai. Jadi, tidak mustahillah perkara ini boleh berlaku. Glossophobia boleh berlaku dimana -mana sahaja tanpa mengira situasi tempat atau peringkat umur seseorang tersebut. Sebagai contoh,anda sebagai seorang pelajar diminta supaya membuat "presentation" dihadapan seluruh pelajar di tapak perhimpunan. Contoh kedua, anda sebagai seorang pengurus syarikat bertanggungjawap mengemukakan idea-idea semasa mesyuarat berlangsung. Diantara cara-cara yang boleh dilakukan oleh seseorang individu untuk mengatasi masalah ini ialah:

1- Membuat persediaan yang rapi dengan menulis point-point yang penting

2-Perhatikan cara orang berkeyakinan tinggi bercakap seperti menteri atau pemidato

3-Berlatih bercakap dengan kawan atau orang yang dapat membantu anda

4- Bernafas dengan baik

5-Keluarkan suara dengan penuh keyakinan

6-Kawal pergerakan yang tidak perlu

7-Yakin pada diri anda

Kalau itu pun x boleh jugak.....guna laa 4 cara dalam gambar nii.





Semua manusia ada kelebihan dan kekurangan. Namun, ia menjadi suatu anugerah kepada seseorang yang tidak mempunyai masalah ini. Sebabtu laa tak pelik kalau orang yang berani dan lantang berkata-kata berhak menjadi seorang pemimpin atau ketua. Kalau kita lihat balik statistik. Ia membuktikan bahawa bagaimana perkerjaan yang berkaitan bercakap dihadapan orang ramai berupaya mendapat gaji yang lumayan melebihi gaji seorang pilot dan engineer.



HIDUP NI SUSAH TAPI CUBA SENANGKAN^-^


Wednesday 23 November 2016

SYRIA DAN NEGARA ISLAM!

Bismilallahhiramanirahim
Assalammualaikum semua!
Isu Negara-negara Islam yang ditindas!

Dari Tsauban Ra, berkata rasulullah SAW "Hampir tiba suatu zaman dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni talam hidangan mereka".Maka salah seorang shabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?",Rasulullah SAW menjawap "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari musuh-musuh dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'Wahan'. Seorang sahabat bertanya,"apakah Wahan itu hai Rasulullah?", Rasulullah menjawap "CINTA DUNIA"dan"TAKUT MATI"(HR.Abu Daud)

Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan hampir saban tahun kita telah mendengar bagaimana nyawa umat islam diancam dengan pelbagai cara samaada peperangan luaran diantara negara lain mahupun peperangan yang melibatkan dalaman negara. Nyawa mereka diibaratkan seperti haiwan ataupun lebih dahsyat lagi bahan experiment keganasan oleh kuasa-kuasa besar seperti United State dan Rusia. Kenapa aku kate macam bahan experiment? Kita sendiri boleh menilai. Cuba kita tengok balik sejarah 11 September 2001 di USA. Sejarah dimana World Trade Center  and The Pentagon telah dipercayai diserang oleh kumpulan radikal Islam yang diketuai oleh anak daripada keluarga billionaire arab saudi yang bernama Osama Bin Laden.
Osama dilahirkan dalam keluarga Mohammmed Bin Awad Bin Laden yang kaya raya. Dia pernah menyertai gerakan mujahideen di Pakistan untuk melawan Soviet Union di Afghanistan. Dia juga turut memberikan bantuan dari segi kewangan dan ketenteraan daripada dunia Arab kepada Afghanistan bagi menyerang balas Soviet Union. Pada tahun 1988, Al-QAEDAH ditubuhkan. Penubuhan Al-Qaedah sebagai sebuah organisasi pengganas telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada USA dan seterusnya titik hitam kepada umat Islam sehingga harini. Zaman berdarah bagi barat dan seluruh dunia bermula selepas penubuhan organisasi tersebut. Di USA, dianggarkan seramai 2977 orang mangsa termasuk 19 hijackers terbunuh di tempat kejadian yang bersingan pada 11 September 2001.Pada 20 mac 2003, president George W. Bush mengistiharkan perang terhadap Iraq. FBI memperuntukkan sebanyak 25 juta bounty hanya untuk mencari Osama Bin Laden. Selepas kejadian tersebut tentera-tentera USA mula bertapak di negara Islam untuk memburu Osama Bin Laden yang sedang bersembunyi pada ketika itu. Akan tetapi walaupun Osama Bin Laden dipercayai telah dibunuh oleh komando USA tetapi mengapa mereka masih bertapak di sana sehingga kini? Okay sekarang nampak tak macam mana kuasa besar boleh masuk dalam negara-negara Islam? Nampakkan?! Sebenarnya sesebuah negara boleh dihancurkan dengan mudah je tau...Percayalah aku tak tipu!😊 Hanya dengan menggunakan 2Kaedah je✌. Pertama! Hancurkan struktur dalam negara supaya rakyat pecah belah agar negara luar dapat masuk campur. Kedua! Negara(A) serang negara(B) sebab nak luaskan jajahan atau ingin mendapatkan kekayaan hasil bumi negara(B). Senangkan peperangan boleh berlaku?😔. Aku rase sangat sedih sebab perkara yang macam nii dikaitan dengan nyawa manusia yang tidak berdosa. Tak kiralah dia tuh Islam atau kafir dia berhak untuk terus hidup sebab walaupun dia tuh bukan Islam sapa sangka suatu hari nanti dia memeluk Islam. Ingatla walau siapa pun dia kalau Allah nak bagi hidayah boleh jadi dia lebih baik dari kita yang memang dah lahir-lahir Islam. Hidayah kan milik Allah bukan Manusia! Bila dikenang semula umat Muhammad kat sana hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya tubuh badan mereka yang ditusuk dengan pisau, didera dan ditembus dengan peluru. Tak sedih ke kita tengok diorg kena macam tu? Hati-hati tau! Sebab kalau kita lupakan diorg dan tak nak ambik tahu langsung pasal diorg boleh jadi kita nii bukan dari kalangan umat Muhammad.(Ada hadith pasal tuh). Pernah tak terfikir kalau bukan sebab mereka belum tentu kita nii boleh aman?ummm...Kenapa aku cakap macamtu? Cuba bayangkan kalau laa kita je negara Islam yang tinggal kat bumi nii and negara-negara Arab semuanya dah tewas termasuk laa negara Islam yang terhebat TURKEY iaitu kerajaan Uthmaniyyah, rasanya apa jadi lepastu dekat negara kita? Aku rasa kita HANCUR! serious cakap. Tahu tak sebenarnya umat nii umat yang paling sedih tapi akhirnya paling gembira! Yakinlaa weyh even kalau kau dah tak nampak hope, sebenarnya hope tuhh sentiasa ada! Tak kan Allah nak biarkan Umat kekasih dia nii kecewa betul tak? Sebenarnya pada pandangan aku laa, kita nii tak jauh beza sangat dengan nasib orang yahudi dahulu pada era peperangan dunia ke-Dua. Waktu Nazi halau dan ancam untuk membunuh semua yahudi dekat jermen dan seluruh eropah semasa zaman pemerintahan Adolf Hitler. Waktu tuh merupakan zaman kegelapan bagi dunia yahudi. Orang-orang yahudi pun berpecah belah menjadi pelarian sepertimana orang-orang Islam saat nii. Mereka menetap ke negara-negara lain seperti di United Stated, Afrika dan mereka telah melangkah masuk ke tanah Arab termasuklah Palestina. Pada tahun 1936 Suruhanjaya Peel  mencadangkan Palestin dibahagikan kepada negara untuk orang yahudi dan untuk orang arab tetapi cadangan ini ditolak atas sebab pemberontakan Arab 1936-1939.Selepas sahaja tamat perang dunia ke-dua, United stated memainkan peranan sebagai kuasa dunia terkuat untuk menubuhkan negara Israel. Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada 16 May 1948 kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin.Orang-orang Yahudi yang berada di seluruh dunia menyokong tindakan tersebut. Majlis perisytiharan Israel dibuat di Muzium Tel Aviv lalu ramailah orang yahudi yang tinggal di negara lain datang ke palestin dan tinggal tetap di sana. Nampak tak macam mana mereka yang dahulunya berpecah kini bersatu kembali? So, tak mustahil laa kalau Islam yang sekarang berpecah suatu hari nanti akan kembali bersatu dengan sendirinya malah mungkin lebih kuat lagi tanpa bantuan kuasa asing. Islam ni datang dalam keadaan yang asing, dan ia akan pergi dalam keadaan yang asing. Apa yang aku cakap ni semuanya fakta tak tipu tau! Yang paling penting kita nii semua daripada Adam dan Hawa jadi buat apa kita sebagai manusia nak menghancurkan ketamadunan kita sendiri? Sedangkan singa dengan singa pun tak nak bunuh spesis dia. Kita sebagai umat Islam akhir zaman haruslah bersatu hati dan bekerjasama membantu satu sama lain. Siapa lagi nak tolong Islam kalau bukan kita betul tak?
Kalau laa orang-orang muslim dekat sana tengah berkorban nyawa ,tinggalkan keluarga , tak ada kaki hilang tangan and even tak makan tak minum berhari-hari hanya demi mempertahankan kesucian dan martabat Islam, so tak ada alasan untuk kita abaikan diorg!!! Kumpulan radikal Islam di afghanistan berperang dengan NATO rakyat diorg yang tak bersalah pulak yang menjadi mangsa perluru-perluru diorg:,( Cukuplah! Dah lah! Enough! Kenapa kita nii sebagai negara Islam yang aman dan makmur tetapi kita sering kali melupakan Allah serta meninggalkan perjuangan Rasulallah..hmm.. sedangkan diorg dekat Syria, Gaza, afghan, Iraq ,Yeman dan Rohingnya mungkin mereka hanya bergantung harap pada Allah je.
Aku secara tak sengaja jumpa twitter salah seorang rakyat Syrian...Lihat dan bacalah;(









Biarlah gambar yang menggambarkan

Walaupun kehilangan harta benda, keluarga dan hidup dalam ketakutan setiap masa setiap saat tapi aku yakin sangat semangat diorg tak pernah putus untuk berjuang sehingga mati syahid. Pernah tak kita perasan, dekat televisyen apabila sampai je konvoi bantuan kemanusian dekat tempat mereka, mereka masih boleh mengukirkan senyuman bagaikan tiada apa pun yang berlaku walaupun senyuman mereka sebenarnya tak terungkap seribu kisah, tak terbanding seribu derita:,(. Mereka menjadi perlarian di negara mereka sendiri dan terpaksa berpisah dengan keluarga ataupun keluarga mereka dah mati semuanya dan tinggal diri dia je. Keadaan ini memaksa mereka untuk pergi ke negara lain malahan ada pula yang tiada kaki atau tangan terpaksa hidup berdikari tanpa kasih sayang seorang mak dan ayah. Sebabtu lah, aku betul-betul respect dengan kanak-kanak dekat sana sebab kita yang hidup aman dekat sini pun belum tentu boleh belajar dengan bersungguh-sungguh dalam kelas  tapi diorg nii lain, walaupun keadaan tak menyebelahi diorg, diorg tetap belajar tanpa rasa bosan sedangkan bom bila-bila masa je boleh datang membunuh diorg.
Mata mereka dah selalu sangat melihat bom-bom serta perluru-perluru dilancarkan dari langit mahupun di darat. Keadaan ini telah mematangkan kehidupan mereka sehingga mereka sedar dengan hanya belajar ia mampu mengubah nasib diri mereka.Mungkin dunia ni bukan tempat mereka tapi tempat mereka jauh lebih berharga daripada dunia nii sebabtu laa akhirat tuh kita tak nampak, sebab benda yang susah untuk dicari tuu jauh bernilai bak kata pepatah "Sebab Mutiara Sebiji, Lautan Yang Dalam Diselam Orang"
Ini aku nak bagitahu sikit, kepada semua musuh Islam diluar sana sebenarnya kau telah membuatkan aku bertambah yakin dengan kepercayaan aku terhadap Islam! Aku yakin agama nii agama yang betul sebab korang lah. Kenapa aku kata macamtu? Sebab berdasarkan sabda Rasulallah.

Dari Abu Hurairah Ra., katanya Rasulullah bersabda "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah serta sering terjadi "al Harj". Sahabat bertanya, "apakah al-Harj itu hai rasulullah"., Rasulullah menjawap "peperangan,peperangan,peperangan. Baginda mengucap 3kali.( Ibnu Majah).

Inilah buktinya kenapa aku boleh kata macamtu dekat kau wahai musuh Islam! Rasulullah iaitu nabi aku tak hidup pun laa sekarang tapi baginda dah tahu lahh semua nii!

Kesimpulannya, Yakinlah walau bagaimana susah dan derita umat ini terpaksa hadapi sekalipun sudah tentu akhirnya kita akan berjaya dan menang!! Percayalah umat nii umat akhir zaman ,Allah dah tentukan kemenangan untuk kita! Jadi buat apa kita perlu rasa takut kalau kita yakin dengan ketentuan ini!!! Ingatla semua bende boleh diubah dengan tangan manusia tapi bukan KETENTUAN yang telah ditetapkan oleh Allah.😊Ketentuan itu adalah kemenangan umat Islam semasa peperangan Armegadon(FUTURE)! Kalau nak tahu perkara Future carila ilmu berkaitan KIAMAT☺. Pilihan untuk kita selamatkan Islam itu masih cerah dan adakah kita perlu menunggu lagi untuk melihat pertumpahan darah saudara kita sedangkan kita tahu Islam itu pasti menang.😟Takdir diorg terletak pada usaha kita jugak. Akhir sekali! Walaupun musuh Islam tahu pasal kemenangan umat Islam yang dah di janjikan ini dan mereka berusaha sehabis baik untuk menghancurkan Islam...Ingat!👉....walau apa pun yang terjadi ISLAM WILL NEVER END.



 HIDUP NI SUSAH TAPI CUBA
 SENANGKAN^-^

Tuesday 22 November 2016

ALIRAN SASTERA

Bismillahhirramannirahim...
Assalammualaikum semua!
ISU PEMILIHAN ALIRAN F4!

Selang je beberape hari selepas PT3 tamat aku pun terus cari aliran Form4 dekat Internet.Bukak Wifi,Bukak handphone and then terus SEARCH!. Dlm banyak2 web yg aku bukak, aku tertarik dengan satu blog nii. Bile je habis bace ape yg blogger tuu tulis dekat blog tuu aku rase mcm WOW! This is amazing! Guess what?! Aku mula jatuh cinta dengan satu aliran nii and aku terus decide untuk ambik aliran SASTERA! Terima kasih kepada cik blogger yg bernama Iyman Najlaa. Sebelum aku lanjutkan. Biar aku bagitau. Aku nii merupakan pelajar kelas atas( 3Amanah)so aku mmg ade byk musuh dalam menggenggam matlamat utk straight As PT3 . Nak dipendekkan cerita laa kan, walaupun aku nii budak yang agak pandai gitu TAPI tak semestinya bile aku ambik je aliran Sastera utk Form4 aku akn jadi bodoh😒. Aku cukup x suka org yg cakap aliran Sastera nii org yg bodoh and xde mase depan. Kalau laa korang tahu ape erti Sastera tuu dah tentu korang x akan cakap macam tuu tau! Secara jujurnya kenape aku ambik aliran nii ialah sebab Aliran nii memang mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Org2 yg berjaya contohnya penulis, translator, peguam, perintis syarikat, diplomat, menteri or even perdana menteri sekali pun aliran nii laa yg menjadi dasar permulaannya bagi kerjaya tuu tauuu! Tidak dinafikan bahawa aliran ini telah banyak menyumbang jasa yang sangat besar kepada pembaharuan negara kita. Aku memang betul-betul pelik dengan segelintir ibu bapa nii yang memaksa anak mereka supaya menjadi seorang doktor padahal anak dia tak nak pun untuk ambik kos perubatan. Kalau laa dekat luar negara contohnya Canada,UK,US dan China mereka tuu berebut-rebut nak ambik aliran yang ada Ekonomi sebabtu laa aku tak pelik kalau negara diorg mempunyai bisnesman yang bijak mengatur strategi, syarikat yang terkemuka or even pengeluar produk yang terkenal seperti ADIDAS mampu diwujudkan bagi meningkatkan pendapatan negara mereka. Bagi aku la secara peribadi, aku rasa kalau la negara kita nak tingkatkan ekonomi dan maju kehadapan kita mestilah mempunyai orang-orang yang berpengetahuan dalam bidang ini!. And lagi satu, korang tak nampak ke bahawa orang-orang yang ada ilmu sastera,falsafah dan ekonomi ni menjadi ketua kepada doktor dan engineer? Bukakla mata! Korang boleh tengok sendiri macam mana menteri-menteri mempunyai kuasa dalam sektor pengeluaran mahupun perkhidmatan. Dan kalau kau nak kan gaji yang PALING besar...Bukannya dengan jadi Doktor atau jurutera..TAPI JADILAH PEMIMPIN KEPADA DOKTOR DAN JURUTERA! Dan kalau kau nak jadi doktor supaya dapat selamatkan banyak nyawa. Aku boleh katekan, SIKIT SANGAT! Sebab kalau aku jadi ketua kepada doktor...aku boleh arahkan JE semua doktor yang kerja bawah aku supaya ubatkan/rawat satu daerah dalam satu-satu mase lahh!.

Ade seorang kawan aku nii kate dekat aku"KO NI MCM SALAH TEMPAT JE" Tapi bile aku explain habis2 dekat dia baru laa dia faham. Kebanyakkan pelajar hanya nampak bahawa aliran sains tulen je yg akan bawa diorg untuk berjaya. Bagi aku memang laa! Tapi cuba korang fikir sikit, kalau laa korang memang x minat langsung dengan pekerjaan yang berkaitan dengan perubatan, kajian dan teknologi nak buat apa korang nak bazirkan mase korang utk tanggung risiko yg besar. Kenapa risiko?Kerana ia melibatkan "MASA DEPAN AWAK"!! Ramai pelajar yang masuk aliran sains ini semata-mata sebab kawan.Cuba kita fikir kehadapan, kalau la satu hari kawan-kawan kita yang memang minat kos perubatan atau apa-apa je yang berkaitan sains masuk Universiti . Lepastu diorg ambik jurusan masing-masing dekat sana HABISTU kau nanti nak ambik jurusan apa kalau dah kau memang tak ada minat langsung dengan semua jurusan berkaitan sains itu?! Ataupun masa kau dah besar dan dah dapat kerja....TAPI kau mula tak suka dengan kerja kau yang melibatkan kajian,perubatan or teknologi Lepastu kau nak cari kerja lain padahal kau dah ada PHd dah! Bukankah namanya buang masa bertahun-tahun tuhh HAAA!!!?Ini pulak daripada salah seorang kawan aku. Jom kita lihat apa pandangan dan perspektif salah seorang pelajar kelas aku. Aku kawan dengan dia dah 5tahun dan dah cukup kenal perangai masing-masing.



Ingatlah PILIHAN itu terletak pada diri anda☺.Tapi memang pilihan yang betul laa bagi sesiapa yang nak jadi doktor, pengkaji or engineer sebab aku yakin diorg tak akan mengantuk dalam kelas sains tulen. Aliran sastera nii bukan setakat bahasa je tau! Dalam aliran nii laa kita akan diajar untuk menguasai ilmu-ilmu yang melibatkan Ekonomi serta diajar menjadi seorang ketua yang berwibawa. Bila kita belajar pasal ekonomi asas kita tak akan mudah ditipu dan senang untuk memahami pemikiran atau kata lain ideologi sesetengah manusia seperti-> kenape laa org yg bijak pandai mcm doktor tuu boleh terikut dengan ajaran daesh and pahaman sesat?!Bukankah diorg tuu mempunyai pemikiran yang pintar? ohh ye pasal DAESH!Aku nak tanya korang laa korang kenal x ibnu taimiyah? Sape dia tuu? Hebat sangat ke dia tuu? Jwpan aku> ibnu taimiayah merupakah tokoh islam yang disegani pada zaman beliau tau!  Beliau memiliki ilmu yang sangat luas dan beliau cukup hebat dalam ilmu Falsafah, hadith ,sastera dan banyak lagi! Cuma zaman sekarang daesh dah memutarbelitkan kebenaran yang dibawa oleh ibnu taimiyah. Kalau laa ade sebuah kapal dengan tawanan Islam, tapi kapal tu pada waktu yang sama nak serang negara kita(negara Islam). Jadi apakah yang perlu kita lakukan? Beliau menjawap hancurkan la satu kapal itu. Sebab ape? Sebab boleh jadi akan berlaku lebih banyak kehilangan nyawa kalau x dihancurkan satu kapal musuh tersebut. Tapi org2 daesh beranggapan bahawa mana2 negara islam atau bukan islam yang cuba memerangi mereka berhak untuk dibom dan dihancurkan walaupun akan membunuh orang islam yang tidak berdosa. And one more thing, aku nak tanya laa kenapa sesetengah manusia suka dengar lagu? Mesti ada diantara kita yang terlalu ketagih sebab begitu asyik dengan sesuatu lagu yang dimainkan betul tak? Tidak dinafikan bahawa Muzik dengan bahasa tuu ibarat isi dengan kuku. TAPI! Kalau laa ade muzik tapi xde bahasa best x? And mcm mana kalau ade bahasa tapi xde muzik?. Muzik dan bahasa nii nak diibaratkan seperti "berpisah tiada". Ini juga membuktikan bagaimana bahasa memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi seseorg individu mahupun pemikiran masyarakat dunia. Kesimpulannya, ambik laa sesuatu aliran yang berlandaskan minat dan kemahiran. Ini jalan hidup kita!Cuba kita rancang masa depan kita sendiri tanpa bertanya dengan ibu bapa ataupun kawan kita. Ini hidup kita dan kita nii ibarat perhiasan yang menghias isi dunia yang fana.



 HIDUP NI SUSAH TAPI CUBA SENANGKAN^-^